Boleh Ke Solat Ketika Azan Masih Berkumandang? Baca Ini, Ramai Yang Masih Tidak Tahu !

Boleh Ke Solat Ketika Azan Masih Berkumandang? Baca Ini, Ramai Yang Masih Tidak Tahu !!!

Gambar Sekadar Hiasan

SEBAGAI Islam, mendirikan solat lima waktu adalah hukum yang wajib dipatuhi oleh setiap Muslim yang beriman.
Solat itu tiang agama. Sejak kecil kita diajar untuk mendirikan solat yang akan menjamin kehidupan kita di akhirat nanti.

Walaupun ada sebilangan kita yang alpa, namun kebanyakan dari kita masih teguh mendirikan amal ibadat, buat bekalan di hari mati esok. Terdetik penulis untuk mencoretkan tulisan kali ini mengenai khilafnya kita tentang menjaga solat serta hubungan kita dengan ALLAH. Mungkin sudah ramai yang tahu, namun masih ada yang khilaf tentang hukum-hukum solat ketika mendirikan solat.

Kisah bermula ketika penulis singgah di sebuah stesen pam minyak di bandar ini untuk mendirikan solat Asar. Solat Asar pula dilakukan sudah agak lewat kerana terlalu lama tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan. Tergopoh-gapah penulis mengejar waktu untuk ke ruang solat yang disediakan di stesen minyak tersebut.

Loading...

Penulis masuk ke ruang solat yang agak kecil. Di dalam bilik solat tersebut, sudah ada dua wanita yang lengkap bertelekung. Barangkali bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib. Sebelum menunaikan solat, sempat penulis mengerling ke arah jam yang tersedia. Hanya ada lagi 15 minit sebelum azan Maghrib berkumandang.

Selesai solat Asar disempurnakan, penulis menunggu tibanya azan Maghrib yang bakal berkumandang pada bila-bila masa. Tidak sampai tiga minit menunggu, azan Maghrib mula kedengaran. Dua wanita di kiri dan kanan penulis tidak menunggu lama. Mereka bangun dan terus solat sebaik sahaja azan kedengaran.

Penulis yang berada di kedudukan di tengah-tengah antara keduanya hanya diam terpaku. Tertanya-tanya sendiri. Bukankah solat itu sepatutnya didirikan selepas azan berakhir? Dan apa pula hukumnya mendirikan solat ketika azan? Ketika itu penulis tersedar. Kita masih khilaf dalam menjaga hubungan kita denganNYA. Sebagai hambaNYA, kita semua selalu mengambil mudah dalam menjaga kejernihan urusan ibadah kita kepadaNYA.

Beberapa hari selepas kejadian tersebut berlaku, penulis mengambil keputusan untuk menghubungi seorang ustaz bagi bertanyakan perihal tersebut. Dr Mohd Azhar Abdullah namanya. Beliau yang Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra, menjawab tenang ketika dihubungi untuk menjawab persoalan tersebut.

Menurutnya, antara syarat sah solat adalah solat yang dilakukan sebaik sahaja masuk waktu solat dan mengerjakan solat ketika azan waktu solat baharu sahaja berkumandang menjadikan solat tersebut sah. Bagaimanapun mengerjakan solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki, manakala wanita pula disunatkan untuk menunggu selesai azan sebelum mengerjakan solat.

“Dari sudut sunnah para sahabat Nabi, solat dilakukan selepas usai azan kedengaran. Mengerjakan solat selepas azan membolehkan kita melakukan beberapa prinsip seperti menjawab azan ketika azan berkumandang dan melakukan solat sunat dua rakaat selepas azan.

Loading...

“Solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan ‘tercicirnya’ lelaki tersebut daripada jemaah yang bakal menunaikan solat bersama. Bagi kaum wanita pula, adalah sebaiknya menunggu azan selesai kemudian baharulah solat dikerjakan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Menurutnya lagi, perbuatan solat ketika azan akan menyebabkan hilangnya kemanisan dalam mengerjakan ibadah tersebut. Islam tidak menghalang umatnya bersolat ketika azan masuk waktu, namun ia akan menyebabkan makruh. Makruh itu bermakna kita melakukan perkara-perkara yang ALLAH tidak suka.

“Kita akan hilang kemanisan dalam bersolat (sekiranya bersolat ketika azan masuk waktu masih kedengaran). Kita masih peroleh pahala, tetapi pahala itu tidak cantiklah,” katanya lagi.

Jelas beliau lagi, solat yang didirikan dipenghujung waktu sehingga masuk waktu solat fardhu lain juga masih dikira sah. “Sebagai contoh, kita solat Asar dihujung waktu, tiba-tiba azan Maghrib kedengaran, maka solat kita perlu diteruskan. Tidak ada sebab untuk menghentikan ibadah.”

“Solat masih sah sekurang-kurangnya satu rukuk. Solat di akhir waktu itu (sama ada) qada atau tunai adalah sempat rukuk atau tidak pada rakaat yang pertama, jika ia solat Asar n rukuk dan sempat tama’ ninah seketika dalam rukuk dan tiba-tiba azan maghrib, maka dikira solat asar sebagai tunai, jika tidak sempat rukuk maka dikira qada,” jelasnya.

Sila kongsikan, semoga bermanfaat…

Loading...

Sumber : SinarHarian

LEBIH ARTIKEL UNTUK ANDA…

Lelaki Ini Minum SEGELEN AIR Sehari, Apa Yang Jadi Selepas Itu MEMANG MENGEJUTKAN…
 

Lelaki Ini Minum SEGELEN AIR Sehari, Apa Yang Jadi Selepas Itu MEMANG MENGEJUTKAN

Tubuh manusia mengandungi 60 peratus cecair dan tidak menghairankan jika kita sentiasa minum untuk menampung keperluan tubuh kita. Umumnya, kita digalakkan untuk minum 2 liter air atau bersamaan dengan 8 gelas air sehari.

Namun apa berlaku jika kita minum melebihi kadar yang sepatutnya? 

Seorang wartawan yang bekerja untuk website “Thrillist” telah membuat keputusan untuk minum air sebanyak 1 gelen (bersamaan dengan 4 liter) air setiap hari selama satu bulan.

Dia akan merekod situasi dan perubahan yang berlaku pada dirinya dan mendokumentasikannya kerana dia menyedari bahawa perubahan pasti akan terjadi, dan dia sangat terkejut melihat banyaknya perbezaan setelah dia melakukannya.

COLE SALADINO/THRILLIST IMAGE

Hari 1: 

Ia membuat keputusan untuk membeli botol plastik yang boleh mengisi satu gelen air dan akan membawanya kemana sahaja dia pergi. Pada awalnya, dia merasakan bahawa ujian ini tidak akan mudah. Oleh kerana sebelum ini dia bukannya seorang yang berdisplin untuk minum air pada kadar sepatutnya, dia hanya dapat menghabiskan air pada 12 tengah malam pada hari pertama.

Hari 5:

Tubuh setiap manusia terdiri dari 60 persen air, namun, tidak ada yang minum empat liter air setiap hari.
Tetapi oleh kerana ini adalah eksperimen untuk dirinya dia harus minum air walaupun dia tidak berasa dahaga.
Apa yang berlaku pada dirinya adalah dia dia akan kencing untuk setiap 20 minit selain selalu rasa untuk makan.

COLE SALADINO/THRILLIST IMAGE

Hari 10: 

Lelaki ini melihat sesuatu yang terjadi, terutama di waktu pagi. Biasanya Ia memerlukan secawan kopi untuk menghilangkan badan lemah waktu pagi, tetapi setelah sepuluh hari, dia mulai merasakan benar-benar segar dan lebih bertenaga ketika bangun pagi.

Ini adalah perubahan yang cukup bagus untuk dia, dan dia mulai merasa jauh lebih baik. Dia berfikir bahawa itu dapat menjadi motivasi yang baik untuk dirinya. Dia mula melihat dirinya sebagai orang yang lebih  sihat, dan dia sendiri tidak tahu mengapa.

Beberapa orang mengatakan dia adalah seorang aneh kerana sentiasa membawa satu botol air yang besar, tetapi dia berasa tangan ototnya telah menjadi sedikit kuat kerana itu.

Hari 15: 
Lelaki ini mengaku bahawa dia berasa jauh lebih bersemangat. Dia hampir berhenti minum kopi, sedikit kejayaan untuk dirinya, kerana dia akan minum tiga cawan kopi sehari sebelum membuat ujian ini.

Lima belas hari kemudian, dia merasakan bahawa perubahan pada dirinya menjadi lebih cepat. Dia mulai bermimpi lebih baik dan merasa kurang panas ketika tidur malam itu.

Selain itu, ia mulai merasa sangat dahaga setiap kali dia tidak minum air. Rasanya seperti tubuhnya terbiasa dengan rutin baru itu dan dia berfikir bahawa gaya hidupnya sudah berubah sama sekali.

COLE SALADINO/THRILLIST IMAGE

Hari 20: 
Rakan-rakan pejabatnya memberitahu bahawa dia kelihatan ceria dan selalu nampak berseri atau sentiasa bahagia.

COLE SALADINO/THRILLIST IMAGE

Hari 25:
Dua puluh lima hari kemudian, lelaki itu masih kerap pergi ke bilik air untuk kencing, tetapi kekasihnya mengatakan bahawa kulitnya nampak lebih bersih dan dia nampak lebih bersemangat. Bahkan dia sendiri berasakan dia menjadi lebih baik dan lebih segar.

Hari 30:

Hari terakhir dari cabaran itu tidak berbeza dari yang sebelumnya: dia masih berasa terus-menerus dahaga dan harus kerap pergi kebilik air, seolah-olah usianya sama seperti datuknya, dengan perbezaan bahawa dia merasa sihat dan lebih muda.

COLE SALADINO/THRILLIST IMAGE

Kesimpulan yang dibuat olehnya selepas ujian itu adalah mengambil satu galon air (empat liter) sehari terlalu banyak, namun mengambilnya kurang dari dua liter tidak cukup. Lelaki ini mengatakan bahawa dia tidak akan mencadangkan ujian ini kepada orang lain, tapi ia berfikir dia telah berjaya membuat cabaran ini dan menentukan jumlah air yang diperlukan manusia untuk minum pada kadar yang sepatutnya.

Setidaknya kita semua menyedari bahawa kita perlu minum lebih banyak air. Minum air yang cukup akan membuat kita merasa jauh lebih baik dan sihat.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.

Sumber : thrillist.com

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *