‘Geli Aku Tengok Kau Ni, Macam Betina Apa Dah’ – Gara-Gara Komen Ini, Ramona Zamzam Naik Angin!

‘Geli Aku Tengok Kau Ni, Macam Betina Apa Dah’ – Gara-Gara Komen Ini, Ramona Zamzam Naik Angin!

Sudah menjadi kebiasaan apabila bergelar seorang selebriti, segala tindak tanduk di media sosial sentiasa menjadi tumpuan peminat. Mereka sentiasa memerhatikan artis kegemaran dari segenap aspek. Antaranya kisah percintaan, rumahtangga, pemakaian, tips kecantikan dan macam-macam lagi lah. Tambahan pula dengan adanya media sosial sekarang, peminat boleh berhubung secara terus dengan selebriti pilihan

Di instagram, finalis Dewi Remaja yang juga seorang pelakon ini dikatakan mengamuk gara-gara komen keterlaluan seorang wanita kepadanya. Katanya, geli tengok Ramona Zamzam, dah macam betina apa dah. Astagfirullah sis, bawa mengucap. Tak baik maki hamun kan.

‘Macam betina apa dah’

Loading...

Gara-gara memakai kasut tumit tinggi di sebuah majlis, Ramona Zamzam dikecam sehingga ada yang menggelarnya ‘betina’. Katanya lagi, dah tahu mengandung pun nak pakai kasut tumit tinggi. Memang agak keterlaluan dan kasar komen tersebut lebih-lebih lagi apabila individu tersebut seorang wanita bertudung dan juga seorang ibu. Marah dengan komen tersebut, Ramona mengamuk!

 

Macam ni ke budi bahasa orang berhijab? – Ramona

Ramona mengamuk!

I don’t usually care so much honestly when it comes to people like this but please excuse my fragile heart for this one special time.. And i believe she’s trying to get all the attention & fame perhaps? Nak followers eh? Ok come by all means i’m doing my best to give it all to you @s***_*****1 (she just changed her username) This is so disappointing sumpah, this kind of words coming from a MOTHER, dah ada anak sendiri, BERTUDUNG lagi, menutup aurat jauh lebih baik dari Ramona sendiri tetapi mulut……..?!?!??! I’m just shocked & sad. I have met people yg alim, berhijab & berniqab pun ada, but with all respect, they don’t judge us like this. Tak sangka pakai heels time pregnant boleh digelar ‘BETINA’? Wow its that bad huh? Mcm pelacur pula rasa pakai heels. Even husband Ramona pun marah bila dpt tau pakai heels pegi event but i explained nicely to him that it was just for the sake of the photos and only for that 1 hour time. Takkan la lepas habis event tu Ramona tukar pakai sandal pun kena upload gambar and kena explain & cerita to everyone on social media? Now that’s what I personally do and i don’t need to share with others. I think she’s really pretty, status IG pun guna nama ALLAH tapi sedih bila tgk muka cantik tapi kata2 yg keluar dari mulut mcm tu. Please, especially yg BERTUDUNG di luar sana, kami yg free hair ada expectation yg jauh lebih tinggi pada anda. Sorry lah ter-culture shock sikit.

#sorryforbeingextraemotional

Loading...

#pregnantkotgilatakemo

#ikuthatinakmencarut

#tapiakusabar

Alahai kesiannya Ramona, biasalah tu apabila bergelar seorang selebriti, peminat sentiasa memerhatikan dari rambut sampai ke kaki. Mungkin dia hanya ingin menegur tetapi dengan cara yang tidak betul. Apa-apapun tak baiklah kan maki hamun orang macam tu. Kalau tak suka boleh unfollow je. Sabarlah Ramona.

sumber : ig Ramona Zamzam

via kisahdunia

Loading...

.

.

9 Cara Mendapatkan Anak Kembar Buat Pasangan Yang Teringin..Share Jika Bermanfaat..

Jika anda salah seorang daripada ibu yang sedang mengandung anak kembar, tahniah!. Tidak ramai sebenarnya yang dapat merasai sepasang bayi di dalam kandungan. Ada yang kata anak kembar ni semuanya kita dapat rasakan berganda, termasuk kesakitan waktu bersalin.

CEMBURU DENGAN ORANG YANG DAPAT ANAK KEMBAR?

Kenapa perlu cemburu? Itu rezeki masing-masing yang telah ditetapkan Allah. Ada yang dapat anak kembar perempuan, ada pula yang dapat anak kembar lelaki. Yang lebih menarik, dapat sepasang anak lelaki dan perempuan. Bersalin pula, sekali sahaja!

Peluang untuk mendapat anak kembar sebenarnya adalah rendah iaitu kurang daripada 1%. Majoriti daripada anak kembar adalah terdiri daripada kembar tidak seiras, di mana dua telur telah disenyawakan. Selebihnya adalah kembar seiras di mana satu telur pecah menjadi dua fetus. Secara genetik, mereka akan mempunyai sama jantina, sama ciri-ciri fizikal dan sama perwatakan. Ada juga yang akan lahir sebagai kembar Siam, di mana mereka berkongsi anggota badan.
BAGAIMANA CARA MENDAPATKAN ANAK KEMBAR?
Perkongsian ini datang dari Facebook Page Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung yang menyenaraikan perkara berikut:
1. GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga, terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana traitsedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

Jika genetik sudah ada, cara mendapatkan anak kembar mungkin lebih mudah, jika diizinkan Allah.
2. UMUR
Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh prosesperimenopause.
3. BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
4. BERAT BADAN DAN KETINGGIAN
Cara mendapatkan anak kembar juga dikatakan ada kaitan dengan berat badan. Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.
5. DIET
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Senarai cara mendapatkan anak kembar ini hanyalah tips semata-mata. Ia perlu seiring dengan usaha. Kena jaga diet!
6. PENGAMBILAN UBAT KESUBURAN
Cara mendapatkan anak kembar dengan ubat kesuburan perlu mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.
7. KAHWIN DENGAN KETURUNAN KEMBAR
Cara mendapatkan anak kembar yang penting ialah kahwin dengan orang yang ada keturunan kembar. Semasa bercinta, cuba selidiki samada balak pasangan kita ada sejarah kembar atau tidak. Cuba semak latar belakang, entah-entah, bakal pasangan ada kembarnya!

Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.

Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.
8. BANYAKKAN MAKAN UBI, KENTANG DAN SUSU.
Cara mendapatkan anak kembar tidak boleh lari dari makanan. Makanan adalah sangat penting dalam proses untuk dapat anak kembar.

Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi.

Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.
9. BERDOA PADA ALLAH
Dalam Islam, kita semua digalakkan berdoa dalam usaha & cara mendapatkan anak kembar. Pelajari doa cepat mengandungyang selalu diamalkan. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-

i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
ii) Surah As-Syura ayat 50:
PERKARA YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU, BILA HAMIL ANAK KEMBAR
Mungkin cara mendapatkan anak kembar tidak selalu dibincangkan. Jika kita bertanya pasangan yang mendapat anak kembar, acapkali kita dengar, “Entahlah, tak tau macam mana nak bagi tips atau petua. Dah rezeki”

Tidak kira anak kembar mana yang anda bakal lahirkan, banyak perkara yang anda harus titik-beratkan. Kebiasaannya, anda boleh mengesan yang anda sedang hamil dengan anak kembar seawal trimester pertama lagi. Pemeriksaanultrasound boleh mengesahkan anak kembar dan hasilkan imej untuk uterus dan anak kembar anda. Sediakan bajet untuk 3D 4D Scan di klinik yang berdekatan.

Setelah anda disahkan mengandung anak kembar, persiapan yang lebih rapi dari segi mental dan fizikal haruslah dilakukan.
APA PERLU BUAT JIKA MENGANDUNG ANAK KEMBAR?
Kita sudah ketahui cara mendapatkan anak kembar. Tips dan petua itu mungkin buatkan anda berjaya mendapatkan anak kembar. Namun, itu hanya satu permulaan. Bagaimana sekiranya anda benar-benar hamil anak kembar? Apa yang perlu dilakukan?

Antara perkara yang anda boleh jangkakan lebih dari biasa adalah:
1.PEMERIKSAAN PRA-NATAL YANG LEBIH KERAP
Anda akan lebih kerap bertemu dengan doktor, jika orang lain perlu membuat temujanji sebulan sekali, anda mungkin perlu berjumpa sebulan dua kali. Jumlah ultrasound dan ujian lain juga akan bertambah.
2. BERAT BADAN BERTAMBAH LEBIH BANYAK
Jika anda mengandung seorang bayi pun, berat akan bertambah beberapa kilogram, kini dengan anak kembar, jangkakan berat anda bertambah sebanyak 17-25 kilogram.
3. LANGKAH BERJAGA-JAGA TAMBAHAN
Doktor anda mungkin akan sarankan supaya anda menghadkan aktiviti anda seperti bekerja, melancong atau aktiviti fizikal semakin sarat anda mengandung.

Hanya perlu kurangkan serba sedikit berbanding biasa, bukan sampai ke tahap tak boleh buat langsung. Takut-takut pulak nanti pertumbuhan bayi terganggu apabila anda terlebih duduk diam.
4. AMBIL NUTRIEN TAMBAHAN
Memandangkan anak kembar memerlukan zat sekali ganda, anda semestinya memerlukan asid folik, kalsium, zat best, protein dan nutrien-nutrien penting lain bagi menggalakkan pertumbuhan yang sihat bagi anak dalam kandungan tersebut.
5. MUNGKIN TAK CUKUP BULAN
Bagi seseorang ibu yang mengandung, 40 minggu adalah tempoh yang cukup bagi pertumbuhan bayi yang sempurna dan selamat untuk dilahirkan samada secara semulajadi ataupun caesarean.

Tetapi dengan anak kembar, risiko adalah lebih tinggi untuk bersalin normal disebabkan pelbagai komplikasi. Mungkin seawal minggu ke-38 atau ke-39 anda sudah diminta untuk melakukan pembedahan.
HARAPAN SAYA
Sungguh indah apabila perkhabaran gembira diterima bahawa anda mengandung, tetapi sepatutnya anda lebih gembira apabila mengetahui anda bakal menerima anak kembar. Jika dipandang dari sudut positif, orang lain mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan dua orang anak, kini anda mengambil masa hanya 9 bulan untuk mendapatkan dua orang anak. Menarik bukan?

Benar, cara mendapatkan anak kembar hanya satu usaha. Segala-galanya atas kehendak Allah. Apa yang penting, kembar atau tidak, amalan ibu mengandungyang diajar dalam Islam, jangan ditinggalkan. Amalkan selalu dan semoga dikurniakan anak yang pintar yang dapat menjunjung tinggi nilai Islam.

Selamat mencuba!

Sumber : siraplimau

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *