Ifa Raziah Susut 12 Kilogram Diet Makan Telur 10 Biji Sehari… Berkesan Betul Kaedah Diet Dia Ni… Jom Amalkan

Ifa Raziah Susut 12 Kilogram Diet Makan Telur 10 Biji Sehari… Berkesan Betul Kaedah Diet Dia Ni… Jom Amalkan!


Imej terbaru penyanyi dan pelakon Ifa Raziah yang kini lebih langsing menimbulkan tanda tanya di kalangan Netizen, apa sebenarnya yang dilakukan oleh Ifa Raziah sehingga berat badannya susut? Dan yang paling tak mengejutkan, ada yang berfikiran negatif menuduhnya membuat liposuction atau sedut lemak untuk tampil dengan tubuh yang lebih kurus.

Bagaimanapun, Astro Gempak melaporkan, Ifa menafikan bahawa dia telah menyedut lemak:

Saya kurus sebab sedut lemak? Alahai…saya belum buat lagilah! Tapi nawaitu tu ada…Itu yang semua orang nak dengar saya cakapkan?

Selagi saya bercakap benda betul, orang tak nak percaya. Kenapa? Nak kena keluar benda ‘panas’ dari mulut Ifa Raziah baru orang puas hati ke?

Loading...

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Ifa juga tidak merahsiakan sebab sebenar dia berjaya menguruskan badan, iaitu mengamalkan makan 10 biji telur sehari. Tetapi, diet seperti itu menyebabkan dia merasa muak, jadi dia berhenti dan mula mengelak sebarang jenis makanan pepejal dan hanya minum air:

Tak boleh tahanlah makan telur hari-hari. Sebab itu saya ‘kamikaze’ diet cara saya sendiri iaitu dengan menolak semua makanan pepejal dan minum air sahaja.

Saya tidak nafikan dimarahi doktor kerana diet rejim saya ini, tetapi demi memenuhi tuntutan kerjaya saya ‘langgar’ sahaja.

Saya tak sarankan orang luar ikut cara diet saya ini, tapi ada sesuatu bakal saya kongsikan kepada peminat di luar sana tentang penurunan berat badan saya ini.

Ada sesuatu yang saya amalkan, tunggu Januari nanti saya akan kongsikan kepada semua.

Loading...

Dari apa yang diberitahu oleh Ifa, makan 10 biji telur sehari bermakna ia diet rendah karbohidrat (bukan diet Atkins) dan penulis pernah membaca supermodel Nasha Aziz mengamalkan diet yang sama, bezanya Nasha hanya makan enam biji telur rebus bahagian putih saja sehari demi mengekalkan tubuh yang langsing.

Dengan diet sebegitu ketat tidak hairan Ifa dapat menurunkan berat sehingga 12 kg dalam masa dua bulan, ya tak? Tetapi jika hanya yang benar-benar kental saja mengamalkannya. Sila dapatkan nasihat doktor sebelum melaksanakan apa-apa jenis diet, okay?

Sumber: beautifulnara.com

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *