Ngeri! Lihat Akibatnya Jika Anda Tidak Membasuh Sarung Bantal Anda! Sangat Merbahaya..!!

Ngeri! Lihat Akibatnya Jika Anda Tidak Membasuh Sarung Bantal Anda! Sangat Merbahaya..!!

Semua orang pernah merasai gatal dan iritasi pada mata, dan pastinya kita akan menggunakan cecair titisan seperti Eye Mountuk melegakannya.

Walau bagaimanapun, ianya tidak berkesan buat wanita ini. Seorang wanita berasal dari Hubei, China telah mengalami kegatalan dan merah-merah pada matanya untuk tempoh 2 tahun!

Sungguhpun beliau telah mengalami masalah itu dalam jangka masa yang lama, tetapi beliau tidak pula merujuk pada doktor dan hanya menggunakan cecair titisan mata sahaja.

Loading...

Sumber: Oriental Daily

Tetapi…dua minggu yang lalu, beliau telah mengadu pada keluarganya bahawa matanya menjadi sangat kering dan bulu matanya pula melekat antara satu sama lain.

Perasan ada sesuatu yang tidak kena, Xu pergi ke hospital bersama keluarganya untuk menerima rawatan yang sewajarnya. Pada ketika itulah doktor mengetahui bahawa terdapat hama dalam kuantiti yang besar pada folikel bulu matanya.

Sumber: Oriental Daily

Walaupun keadaannya tidak mengancam nyawa, namun ia merupakan satu isu. Jadi, doktor telah meneliti bulu matanya dan doktor tersebut amat terkejut.

Loading...

Dalam sehelai bulu mata, terdapat lebih 10 ekor hama! Dianggarkan bahawa terdapat lebih daripada 100 ekor hama yang hidup di bulu mata Xu – untuk tempoh 2 tahun!

Sumber: Oriental Daily

Xu didiagnosis dengan  konjungtivitis dan blepharitis, iaitu keadaan di mana kelopak mata meradang akibat jangkitan bakteria yang disebabkan oleh pelepasan hama. Syukurlah, setelah menerima rawatan, keadaannya beransur pulih dan kini beliau telah sihat sepenuhnya.

Doktor berkata kes Xu mungkin disebabkan oleh kekurangan peredaran udara di dalam biliknya dan kurang perhatian terhadap kebersihan diri.

Malah dilaporkan bahawa kali terakhir beliau menukar sarung bantalnya adalah 4 ke 5 tahun yang lalu. Jadi, doktor mengesyaki bahawa hama itu mungkin telah ‘bermigrasi’ daripada bantal ke bulu matanya.

Loading...

Oleh itu, berikut adalah beberapa saranan doktor mengenai cara-cara untuk mencegah penyebaran hama berkenaan.

Pastikan persekitaran anda bersih. Kerap menukar cadar tempat tidur dan sarung bantal, dan keringkannya di bawah matahari.

Segera cuci tangan anda setelah menyentuh anjing peliharaan atau kucing anda ya!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

.

Menjadi kebiasaan di dalam satu kelas akan terdapat pelbagai ragam dan sikap pelajar untuk difahami oleh guru-guru yang mengajar. Dalam keriuhan kelas yang ceria dan gamat, pasti akan terdapat seorang dua pelajar  yang sangat pendiam dan tidak bergaul bersama pelajar lain dengan mudah. Tetapi, ini tidak bermakna seorang pelajar yang pendiam itu tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan potensi diri yang tidak boleh diketengahkan.

Terpulang kepada seorang guru yang berperanan dengan bijak untuk berfikir bagaimana mendekati pelajar yang bersikap seperti ini.

Seorang guru pelatih telah berkongsi pengalamannya mengambil inisiatif mendekati seorang pelajar yang sangat pendiam di dalam kelasnya sehingga para guru yang mengajarnya menggelar pelajar ini, ‘tiada kepala’ kerana beliau sering menunduk memandang meja dan tidak bercakap barang sepatah perkataan.

Perkongsian kisahnya di dalam halaman twitter @amymistika telah menjadi tular di media sosial dan diberi pujian oleh para netizen kerana guru ini telah mengambil usaha untuk mendekati pelajar tersebut dan memecahkan kepompongnya.

Guru pelatih ini menulis di dalam twitternya seperti berikut,

Tiba-tiba saya teringat kepada seorang pelajar pemalu dan sangat pendiam bernama Yip Kah Shzen. Amat sukar mendengar suaranya.

Pada pertama kali memasuki kelas 4 Einstein, saya sememangnya tidak menyedari kehadiran pelajar ini. Kerana beliau sangat pendiam. Manakala kelas ini sebenarnya sangat bising dan huru-hara.

Saya menanyakan nama setiap seorang dari pelajar untuk memperkenalkan diri. Apabila sampai gilirannya, beliau hanya terdiam dan senyap. Pelajar ini hanya duduk dan memandang meja. Langsung tidak bergerak. Saya bertanya beberapa kali, namun tiada jawapan.

Kata rakannya, “Cikgu, dia memang macam itu, pemalu”. Jadi, tidak mengapa. Saya bertanyakan namanya melalui rakannya itu.

Pada waktu kelas yang berikutnya, semasa saya mengajar, kelas itu sememangnya riuh, bising dan huru-hara. Saya sendiri berasa tidak terkawal, tetapi yang paling ketara dan disedari, Kah Shzen tidak bergerak dan hanya menenung meja.

Selepas itu, saya mengambil langkah untuk mengubah kedudukan kelas dan susunan meja. Kah Shzen saya alihkan di barisan hadapan sekali berdekatan saya, dengan tujuan saya dapat melihat dan memantaunya.

Semenjak menukar kedudukan meja, saya juga telah membuat tabung bagi mendenda para pelajar yang  tidak membawa buku dan kalkulator. Apabila masuk sahaja kelas ini, saya akan memeriksa setiap pelajar wajib membawa kedua bahan pembelajaran ini.

Sampai sahaja giliran Kah Shzen, beliau masih lagi menenung meja. Saya bertanya kepadanya dan beliau hanya senyap. Saya bertanya kepada rakan di sebelahnya , bagaimana guru lain mengajarnya?

Rakannya ini menjawab, “Cikgu lain membiarkan dia sahaja. Dia memang tidak akan bercakap. Suka tenung meja!” Selepas selesai kelas, saya berfikir, apa yang perlu saya lakukan untuk Kah Shzen?

Saya bertemu dengan guru kelas matematiknya sebelum ini. Guru itu berkata, “Dia memang sudah tidak boleh dibuat apa lagi. Biarkan sahaja. Terpaksa diabaikan.”

Saya berasa seperti tidak adil Kah Shzen diperlakukan begitu. Saya mengambil langkah bertutur dalam Bahasa Mandarin dengannya. Mungkin beliau tidak berapa memahami Bahasa Melayu.

Saya bertanya dalam Bahasa Mandarin, di mana buku dan kalkulator? Kah Shzen menggelengkan kepala. Saya bertanya, “Memang kamu tidak bawa?” dan beliau menjawab sepatah “Tidak ada!”

Mungkin beliau tidak mampu, jadi saya tidak sampai hati mendendanya. Tetapi jika tidak mendendanya, tidak adil pula kepada para pelajar yang lain. Lalu saya telah berjumpa dengan guru panitia matematik.

Saya meminjam buku yang lebih daripada guru panitia matematik dan memberi pinjam kepada Kah Shzen. Saya juga memberinya sebuah kalkulator untuk dipinjam pada setiap kali kelas.

Saya mengajar seperti biasa . Dalam masa yang sama, saya memerhati dan memantau keadaan Kah Shzen. Saya cuba bercakap dengannya. Setiap kali kelas, saya akan bertanya sesuatu kepadanya.

Pada satu hari, saya telah memeriksa bukunya. Dan rupanya, selama ini Kah Shzen akan menulis dan menyalin setiap pengajaran yang saya tulis di atas papan putih ke dalam buku latihannya. Setiap perkataan dan nombor.

Semenjak diberi buku, Kah Shzen akan menghantar kerja sekolahnya. Apa yang saya tugaskan, akan dilakukannya. Sebenarnya selama ini, bukan Kah Shzen tidak mahu membuat kerja sekolah, tetapi beliau tidak diberikan bahan untuk belajar dengan betul.

Jujur saya katakan yang kelasnya sangat riuh dan aktif. Jika dalam kelas lain, saya boleh mengajar empat perkara dalam satu masa. Tetapi dalam kelasnya , cuma sempat mengajar satu perkara sahaja.

Walaubagaimanapun, saya tetap dapat meluangkan masa untuk memberikan sedikit perhatian kepada Kah Shzen.

Tidak lama selepas itu, semasa mengajar di kelasnya, apabila saya bertanya kepada Kah Shzen, 80 peratus soalan dari saya telah dapat dijawabnya dengan betul.

Maksudnya, Kah Shzen bukan pelajar yang lemah. Beliau mempunyai potensi. Cuma perhatian yang lebih perlu diberikan kepadanya dalam pembelajaran.

Setiap kali saya mengajar di kelasnya, saya akan mengulangnya sekali lagi kepada Kah Shzen secara persendirian. Semuanya untuk mengingatkan tentang apa yang telah dipelajarinya dengan lebih berkesan.

Pada satu hari, saya telah berbual dengan guru seninya. Guru itu bertanya, bagaimana dengan sikap Kah Shzen di dalam kelas?

Kata guru ini, “Ohh dia selalu tunduk menenung meja sahaja di dalam kelas. Saya selalu panggil dia tiada kepala. Tidak boleh berbuat apa-apa lagi pada dia itu.”

Saya bingkas menunjukkan buku latihan Kai Shzen kepada guru itu. Guru itu terdiam apabila melihat buku latihan Kah Shzen yang penuh dengan latihan yang telah disiapkan dengan lengkap dan betul.

Sedikit demi sedikit, Kah Shzen telah membuka dirinya kepada saya. Kah Shzen sudah berani berinteraksi dengan saya melalui aplikasi whatsapp dan bertanyakan pembaris kayunya yang hilang. Saya berasa terkejut juga, tetapi pada masa yang sama saya berasa sangat gembira.

Walaupun mesej itu telah diterjemahkan dari Bahasa Mandarin, tetapi saya tidak kisah kerana apa yang penting saya telah nampak usahanya untuk berinteraksi dengan saya. Sebenarnya Kah Shzen seorang pelajar yang berguna dan baik.

Setelah memeriksa buku latihannya, saya selalu membuat sedikit nota kecil di bawah buku latihannya dengan menyuruh beliau senyum. Kerana saya sangat susah untuk melihat dirinya membuka mulut dan tersenyum. Tetapi saya tetap berusaha untuk melihat senyumannya.

Akhirnya waktu latihan perguruan saya hampir tamat di sekolah ini. Pada minggu terakhir, saya dan para pelajar bercadang mengadakan parti perpisahan. Dan kelas 4 Einstein adalah kelas yang amat istimewa kerana ia telah banyak memberi pengalaman dan pengajaran kepada saya.

Jadi, saya amat berharap kesemua pelajar kelas ini akan datang dan bertemu dengan saya buat kali yang terakhir. Saya telah bertanya dengan setiap pelajar kelas itu untuk ke parti perpisahan tersebut.

Sampai kepada giliran Kah Shzen, saya berkata dengan bersungguh-sungguh, “Saya harap awak akan datang”, kerana beliau adalah pelajar saya yang paling istimewa kerana mengajar saya erti kesabaran dalam mendidik anak bangsa.

Dan Kah Shzen juga mengajar saya supaya tidak mudah berputus asa. Kah Shzen telah membuktikan kepada saya bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Sebelum saya keluar dari kelas pada hari terahir itu, rakannya telah memberi saya sehelai kertas. Katanya, Kah Shzen telah memintanya memberikan kepada saya. Saya memandang Kah Shzen dan berkata, “Terima kasih!”. Kah Shzen terus tunduk memandang meja.

Saya membuka kertas tersebut. Kah Shzen menulis ayat, “TERIMA KASIH, CIKGU” . Walaupun ayat itu nampak sangat ringkas, namun maknanya amat besar kepada saya.

Kemudian, pada hari parti perpisahan tersebut, saya dapat merasakan yang Kah Shzen tidak akan datang. Sebabnya bukan senang mahu memujuk pelajar ini. Tetapi tiba-tiba, Kah Shzen menghantar Whatsapp yang beliau akan datang dan saya berasa amat gembira.

Pada masa kami mengambil gambar, saya telah meminta Kah Shzen untuk memberi senyuman kerana kata saya kepadanya, “Hari ini hari terakhir saya, tolong beri saya satu senyuman!” Dan Kah Shzen cuba memberikan saya senyuman manisnya.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *