Sayu…! Tiada Duit Pergi Bandar Berjumpa Ibu Dan Ayah, 2 Beradik Sanggup Menyorok Bawah Bas Bergerak Sejauh 80 Kilometer…!

Sayu… Tiada Duit Pergi Bandar Berjumpa Ibu Dan Ayah, 2 Beradik Sanggup Menyorok Bawah Bas Bergerak Sejauh 80 Kilometer…!

Dua kanak-kanak sanggup menyorok dibawah bas sepanjang 80 kilometer (km) perjalanan selama tiga jam semata-mata mahu berjumpa ibu bapa mereka yang bekerja di bandar…

Kanak-kanak tersebut dipercayai datang dari sebuah perkampungan miskin di kawasan pedalaman di Nazuo, Wilayah Guangxi.

Menurut sumber Southern Morning Post, kanak-kanak berusia sekitar lapan dan sembilan tahun itu, ditemui diselaputi lumpur oleh seorang pekerja keselamatan apabila bas berkenaan berhenti di sebuah stesen di daerah Xilin.

Loading...

“Mereka sangat kurus sehingga mampu menyelit di bahagian bawah bas itu dan sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang perjalanan semata-mata rindu mahu menemui ibu bapa,” kata seorang pekerja stesen bas.

Anggota badan kanak-kanak terbabit dipenuhi lumpur kerana terlibat dengan perjalanan yang agak jauh sebelum dibantu oleh pekerja stesen itu yang mencuci pakaian dan memberi makanan kepada mereka.

Sementara itu, mereka menumpang bas yang membuat perjalanan dari Nazuo ke Baise kerana diberitahu saudara-mara bahawa ibu bapa mereka bekerja di sana.

Loading...

“Ibu bapa mereka sebenarnya bekerja lebih jauh iaitu di wilayah Guangdong, namun saudara-mara memberitahu bekerja di Baise sekadar untuk ‘menyedapkan hati’ mereka,”kata pekerja itu.

Keluarga kanak-kanak itu mengambil mereka selepas mendapat maklumat mengenai penemuan mereka pada petang hari yang sama.

Sumber: Siakapkeli

sementara itu…

Loading...

Video seorang wanita mempromosikan dan mengajar cara menggunakan ‘kondom berduri’ viral di media sosial sejak Selasa lalu, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengecamnya.

Bagaimanapun, wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan bahawa bukan dia yang viralkan video itu, sebaliknya kenalannya yang berbuat demikian.

“Saya bukan nak viralkan. Saya buat sendiri video itu dan beri kepada sepupu dan rakan wanita dalam group WhatsApp dengan tujuan untuk menjualnya kepada mereka,” katanya memetik kenyataannya dari Harian Metro.

Wanita yang bekerja di kedai menjual barang kosmetik itu berkata, akibat tersebarnya video itu, dia terpaksa menanggung malu dan majikannya turut menerima tempiasnya.

“Dalam video itu saya juga ada menyebut nama sepupu saya. Video itu bukan untuk tatapan umum tetapi untuk sepupu dan kenalan wanita sahaja.

“Bagaimanapun sehari selepas saya kongsi video itu dalam group WhatsApp yang hanya ada 10 ahli terdiri daripada sepupu dan rakan wanita saya, terus video itu viral,” katanya.

Ekoran viral itu, dia terpaksa tampil membuat permohonan maaf di Facebooknya. Namun tindakan itu sia-sia kerana video itu semakin tersebar meluas.

“Bukan saya yang viralkan, harap semua faham. Saya makan gaji dengan tauke kedai kosmetik, dia pun kena tempias dan malu.

“Apabila saya minta maaf, semakin ramai yang sebarkan,” katanya.

Justeru, wanita itu sekali lagi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas perbuatannya itu dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

Sumber: The Reporter

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *