TIDAK TAHU MEMBACA AL-QURAN TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG KE LANGIT…INI SEBABNYA YANG AKAN MEMBUAT KITA TERKEJUT…

Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit…Ini SEBABNYA yang akan membuat kita TERKEJUT…

Apa amalan beliau? lepas baca anda mungkin akan terkejut & tidak sangka.. SEMOGA BEEMANFAAT…

 

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Loading...

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kubur yang bercahaya itu.

Keesokannya, lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidik dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau wali Allah atau alim ulama atau orang soleh yang terkenal?

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isterinya lalu menceritakan keajaiban yang dilihat di kubur suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, bukan juga imam, bukan muazzin, bukan guru Al-Qur’an.

Loading...

Malah suaminya tidak pandai membaca Al-Qur’an dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Al-Qur’an.

 

Perkara ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya, apakah perkara-perkara pelik yang simati selalu lakukan dalam kehidupan hariannya.

Akhirnya isteri arwah tersebut teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam, suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al-Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek Al-Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan dia seorang yang buta. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al-Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, dia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

Loading...

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-Mu. Janganlah Engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahanku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu“.

“Wahai Kalaamullah, janganlah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Tuhan diakhirat nanti”.

Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al-Qur’an, buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al-Qur’an kesayangan suaminya itu.

Benar dan sangat mengharukan apabila dia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya.

Marilah kita menghidupkan Al Qur’an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa.

Subhaanallah.

Sumber: sayaphitam.com

……………………………………………..

[ Artikel Trending di Bawah ]

LELAKI INI UMUMKAN ISTERINYA HAMIL KEMBAR 5, SAAT DOKTOR KATAKAN SESUATU IA LANGSUNG CERAIKAN ISTERINYA! RUPA-RUPANYA…

Momen pertama menjadi bapa dan ibu adalah salah satu momen yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang baru berkahwin.

Yang menjadi mimpi ngeri bagi setiap pasangan semasa kehamilan adalah bayi telah kembali ke syurga terlebih dahulu sebelum tiba di dunia ini.

Paul Servat (35) dari Kanada mengenali Barbara (37) melalui dunia maya.
Kerana mungkin faktor usia, akhirnya mereka pun dengan cepat melangsungkan perkahwinan dan dalam kurun waktu 2 tahun, Barbara sudah hamil!

Walaupun hubungan mereka berlaku pantas, tetapi persiapan menjadi bapa bagi Paul, itu adalah satu perkara yang menarik.

Beberapa waktu kemudian, Barbara mengumumkan berita yang mengejutkan itu,
doktor mengatakan mereka akan diberkati dengan kembar! Bukan itu sahaja, kembarnya bukan kembar dua, tapi kembar 5!

Sehingga pada minggu ke-34, apabila mau melahirkan, Barbara memutuskan untuk pergi melahirkan di tempat yang jauh Kerana hubungan mereka ini PJJ, Barbara minta Paul untuk tidak datang dan bersiap-siap untuk jadi seorang bapa di Kanada sana dan Barbara akan menyusul nanti.

Namun kerana pengalaman pertama ini, Paul menyusulnya dan bersama membuat pemeriksaan. Mengejutkan, hasil pemeriksaan doktor bahawa, “Barbara Tidak Hamil!”

Menurut doktor, perut Barbara membesar ini kerana lemak dan kalori yang tidak dikawal.Pihak rumah sakit bahkan membantu Paul untuk mencari track record apakah Barbara melakukan pengguguran atau tidak, dan memang tidak dijumpai!

Selidik demi selidik, ternyata Barbara menghidap sindrom di mana dia boleh merasa dia hamil.
Perut dan dadanya akan semakin membesar dan membuat dirinya percaya kalau dia ternyata hamil, padahal itu hanya fikiran dia sendiri.

Ini bukan kali pertama Barbara melakukan hal ini.

Lelaki-lelaki yang menjadi suami sebelumnya juga diperlakukan sama dengan apa yang Paul alami!

Syndrome di mana seorang wanita merasa dirinya hamil ini disebut dengan pseudocyesis syndrome dimana sang wanita bakal memaksa pasangannya untuk menghamili dirinya bahkan sampai pinggul dan dadanya pun ikut membesar padahal itu semua hanya disebabkan oleh kerana lemak.

Kecilkan paha dalam masa sebulan?

Aku rasa, ini merupakan antara soalan yang popular ditanya kepada aku oleh gadis-gadis diluar sana (lelaki jarang ada masalah ini):

“En. Susu, macam mana saya nak kecik kan sikit paha saya ini, badan saya dah ok, BMI dalam range idle, tapi paha ni… =(”

Sebelum aku menjawab soalan ini, ingin aku tekankan yang kita TIDAK BOLEH menumpukan/fokus untuk buang lemak pada bahagian-bahagian tertentu badan, seperti dalam kes soalan tadi (dalam english dipanggil spot reduced), kecuali dengan menggunakan teknik liposuction yang ternyata menyakitkan, mahal, dan membahayakan kesihatan.

Tuhan telah menjadikan dunia ini adil – kalau turun berat badan, bererti turun semua, dan kalau naik berat badan, naik semua. Tiada istilah ‘turun lebih lemak kat perut dan yang lain mantain‘; dan kalau betullah ada spesifik teknik atau senaman yang boleh dipraktikkan untuk spot reduced, maka sudah pasti kita dapat melihat ramai jejaka diluar sana yang berbadan tegap tanpa perut menbonjol (boroi).

Namun, sesetengah individu mempunyai keistimewaan untuk spot reduced lemak pada sesuatu kawasan otot utama (otot dominan badan yang bekerja lebih seperti kaki, tangan). Selain daripada faktor genetik dan hormon, langkah-langkah berikut boleh diamalkan untuk spot reduced lemak berhampiran kawasan otot utama (seperti otot paha). Ikuti 4 langkah mudah untuk ‘mengecilkan paha’ ini dan InsyaAllah anda pasti dapat melihat hasilnya dalam masa sebulan.

1 – Wujudkan defisit kalori
Kekerapan: Setiap hari
Anda sudah bosan mendengar aku menyebut perkataan ‘Kalori’? Tetapi itulah hakikatnya. Kurangkan pengambilan kalori harian dalam 500kcal daripada yang sepatutnya (DCR). Ambil jumlah protein yang mencukupi untuk membantu mengekalkan otot peha (dan otot bahagian badan yang lain) ketika proses penurunan berat badan. Berapa jumlahnya? 2g per Kg berat badan sudah mencukupi (sebagai contoh, mereka yang mempunyai berat badan 70kg harus mengambil 140g protein, yakni kira-kira 5 ketul ayam bahagian dada. Namun anda boleh pelbagaikan sumber protein).

2 – Senaman fokus pada paha
Kekerapan: 3 kali seminggu
Fokus pada senaman yang melibatkan otot quadriceps (peha depan) dan hamstrings (peha belakang). Antara 2 contoh senaman yang boleh dilakukan ialah ‘Lunges‘ dan ‘Squat‘. Bagaimana nak melakukannya? Boleh search di laman Youtube dan taip kata kunci ‘Lunges exercise‘ atau ‘Squat exercise‘. ‘Lunges‘ boleh dilakukan dengan dumbell, atau tanpa dumbell. Aku cadangkan buat dalam 3 set untuk setiap senaman, dan satu set senaman mempunyai 10 ulangan. Jika anda mahukan lebih penjelasan, atau inginkan cadangan senaman yang lain, sila kemukakannya di ruangan komen.

3 – Senaman kekuatan dahulu, baru cardio
Kekerapan: 3 kali seminggu
Lakukan senaman di atas sebelum memulakan kardio (jogging). Ini untuk memastikan anda sudah menggunakan sehabis mungkin ‘muscle glycogen‘ dan ‘liver glycogen‘ menerusi senaman-senaman tersebut. Dan apabila anda memulakan jogging, badan mungkin sudah kehabisan sumber-sumber tenaga tadi, lalu menggunakan sumber tenaga alternatif yang terakhir iaitu lemak. Ingin mengetahui teknik kardio yang tepat untuk tip ini, sila baca Kardio – Katalis kepada ‘Fat Burn’.

4 – Rehat
Harus diselang-selikan dengan senaman/kardio di atas. (Isnin senaman/kardio, Selasa rehat, Rabu kembali kepada senaman/kardio, dan begitulah seterusnya). Rehat penting untuk membolehkan badan, terutamanya tisu-tisu otot bahagian kaki untuk ‘dibaiki’. Otot paha yang kuat akan membakar lebih lemak-lemak disekelilingnya ketika bekerja. Namun, aku tidak nafikan, anda akan kehilangan ‘sedikit’ otot paha yang berharga ketika fasa weight loss ini, atau sekurang-kurangnya mengekang kehilangan otot tersebut. Diet dan rehat yang mencukupi sangat mempengaruhi jumlah otot yang terurai dan hilang bersama-sama lemak.

Jangan lupa, ambil gambar peha anda dengan iPhone 4 sebelum dan selepas sebulan mengamalkan tip-tip ini. Buat mereka yang bertanya aku soalan ini sebelum ini, semoga kalian berjaya. Good Luck!

……………………………………………..

[ Artikel Trending di Bawah ]

KISAH TUKANG SAPU SAMPAH YG MEMPUNYAI KERETA BMW TETAPI TETAP MEMBAWA BASIKAL..AKHIRNYA DIA BONGKAR SEBENARNYA DIA ADALAH…

Kisah si penyapu sampah by Ustaz Hanafiah Abdul Malek

Ada seorang sahabat saya, dia seorang penyapu sampah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

 

– malam yang lepas kami bertemu.
– dia datang ke rumah saya.
– dia seorang penyapu sampah tinggal di rumah Flat.
– rumah Flat di Sentul

Tuan²…Subhanallah..
– apa kisah hidup dia ni?

 

– Dia pergi kerja sampai umur dekat nak 50 tahun tapi masih kayuh basikal.
– kawan² dia yang kerja tempat yang sama ada kereta tapi dia tak nak. Dia tetap naik basikal.
– tuan² apa yg berlaku?
– kawan dia ni sentiasa hina dia.
– Satu bangunan Flat hina dia, kata kat dia macam².

– tapi tuan² pada hari ini, anak 2 orang Doktor & 2 orang lagi Arkitek.
– anak yang kerja doktor ni bagi kat ayah tiap² bulan RM 2 ribu seorang. 2 anak orang anak jadi RM 4 ribu.
– dan anak yang kerja Arkitek pula seorang bagi RM 1 ribu, 2 orang RM 2 ribu.
– jumlah RM 6 ribu sebulan.

– Tuan² tau tak orang yang sapu sampah kadang² hati dia lebih Mulia daripada kita semua.
– lebih mulia dari saya.
– dia hanya sapu sampah… Allahuakhabar…
– tapi hati dia mulia.
– tuan² dengan RM 6 ribu, tuan² tau tak apa yg dia buat?
– agak² lah apa yang dia buat?
– dia SEDEKAHKAN pada kawan² yang kerja sama tempat yang budak² baru ni yang ada masalah bayar sewa rumah, dia tolong sewakan.
– tolong bayar duit deposit rumah.
– cuma dia pesan, jangan tinggal solat, jangan claim overtime lebih, jangan ada komisen ataupun rasuah.

– tuan² satu hari nanti saya cerita, tuan² tak berapa nak percaya.
– satu hari nanti kalau tuan² jumpa dia, saya bawa sembang dgn dia.
– org yang bercakap ni dia akan bercakap di hati.

“Ustaz, harta bukan milik kita ustaz.”

– anak dia baru belikan dia BMW yg latest punya, 320i. Allahuakhbar.

– tp dia kata : “ustaz , drpd naik BMW ..saya ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK. Saya lebih selesa naik basikal ustaz.”

“Basikal saya tak pernah putus rantai, tak pernah pancit tayar, botak ja tukar.”

– apa maknanya? Maknanya itu BERKAT.
– anak dia tak pernah sakit tuan².

– kita ni? Gaji RM 10 ribu tapi tak bayar zakat.
– zakat pendapatan pun tak nak! Zakat simpanan pun tak nak! Zakat harta pun tak nak! Ohh…semua tak nak! Zakat perniagaan pun tak nak bayar!
– bak kata orang cina “suai maa” kejap² anak sakit, kejap² kamu sakit..mcm² masalah.

Kalau menunggu flight tanpa tiket , pasti dikatakan gila.
Inikan pula menunggu Syurga Allah tanpa solat.
Mungkin lebih teruk daripada gila.

Dulu iblis dihalau dari Syurga kerana meninggalkan 1 sujud

Bagaimana pula dengan manusia…yang meninggalkan 34 sujud dalam sehari semalam?

senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang

#ingatanUntukDirisendiri

 

Sumber : FB Viral Media Johor

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *