Tips – Wanita Ini Kongsi Rahsia Nak Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki Hanya Dengan 2 Bahan.

Tips – Wanita Ini Kongsi Rahsia Nak Cerahkan Kulit Tangan Dan Kaki Hanya Dengan 2 Bahan.

Kebanyakan wanita lebih mengutamakan kulit muka berbanding kulit di bahagian badan yang lain. Jadi tak hairanlah kalau kulit muka tampak lebih berseri dan cerah berbanding kulit tangan atau kaki.

Sebenarnya ada cara mudah untuk mencerahkan kulit tangan dan kaki dengan cepat dan paling penting tanpa menggunakan modal yang besar.

Petua yang diamalkan oleh Puan Eina Shukry ini telah dipraktikkan oleh beliau sendiri. Hanya dalam tempoh satu bulan dah boleh lihat perubahan yang ketara. Cuma gunakan gabungan dua produk sahaja iaitu losyen Vaseline/ Nivea dan krim kecantikan Safi. Hasilnya ‘boom’!

Jom ikuti perkongsian beliau.

Loading...

INILAH dua bahan utama yang saya amalkan untuk kulit tangan dan kaki memandangkan dah berkerak sangat. Duk sental-sental hilang daki kejap je, putihnya tidak kekal mana.

Boleh juga pakai dekat seluruh badan, tapi saya lebih fokus dekat tangan je sebab tangan dah kontra dengan kulit muka. Kulit muka bertona-tona cerah sejak amalkan produk kecantikan.

Bila letak tangan dekat muka beza sangat, so thats why cari solution simple ni. Murah pun murah. Penggunaan untuk berbulan-bulan dengan sekali invest je.

Saya dapat tips ni pun dari rakan fb juga. Tak tahu siapa. Dah lupa. Lepas tu terus pergi cari losyen dengan krim Safi ni. Terima kasih pada empunya tips.

Saya amalkan losyen Vaseline dengan Krim Safi dalam masa sebulan dan lihatlah hasilnya. Itu pun saya pakai setiap hari sebelah malam je. Siang harinya tak boleh sebab ade anak kecil, sikit-sikit basuh tangan, rugi losyen nanti.

Loading...

Untuk hasil yang terbaik, pakai waktu malam dan siang. Lebih cepat kesan dia.

Gambar atas mungkin selepas dua minggu penggunaan. Gambar bawah tambah lagi dua minggu penggunaan. Lebih kurang sebulan.

Sebelum ni tangan tak la sebegitu rupa. Lebih malap dari ni tapi tak la teruk. Jadi saya polish setiap malam, maka itulah hasilnya.

Cara Pakai

Loading...

Calit-calit dulu krim safi kat kulit kita dan sapu sampai rata, barulah sapu losyen.

Nota Tambahan

Pastikan losyen tersebut dari Vaseline/nivea.

Krim safi tersebut gabungan lidah buaya dan habbatus sauda yang warna hijau (Krim Kecantikan).

Jangan tertukar antara krim kecantikan dan krim pelembab. Ramai yang salah beli.

Bagi yang berminat mahu mencerahkan atau memutihkan kulit tangan dan kaki atau di mana-mana anggota badan yang lain boleh la mencubanya sendiri.

 

Sumber: Eina Shukry

.

.

.

Baru-baru ini tular mengenai satu aplikasi percuma yang mampu mempercantikan gambar swafoto serta pelbagai filter. Namun tidak hanya filter, aplikasi ini juga fitur make up dan cosplay. Aplikasi ini dikenali dengan nama pitu.

Rata-rata pengguna pitu ini adalah dikalangan gadis dan wanita. Apa yang tidak enak dilihat cosplay aplikasi ini agak terdedah sehingga mendapat teguran.

Menurut perkongsian Akhi Fairuz Al-Jengkawi, aplikasi ini akan merosakkan penggunanya, di samping membahayakan kaum wanita. Ikuti penjelasannya.

Saya tujukan post ini untuk kaum wanita yang menutup aurat. Tak kisahlah statusnya masih bersekolah, belajar di IPT, bekerja, berkahwin atau sudah jadi emak-emak.

Ketahuilah, aplikasi PITU ini menjahanamkan dan merosakkan diri kalian. Apa yang kalian fikirkan saat menggunakannya?

Kenapa ghairah kemain gunakan ia dengan edit sedemikian rupa? Dahagakan pujian? Atau cuba meraih secebis likes?

Saya tak ada masalah andai kau suka-suka tangkap gambar, edit kemudian simpan di folder phone sendiri. Paling kurang kau sahaja yang akan tengok. Yang pergi upload di media sosial buat apa?

Kau nak bagi lelaki-lelaki gersang di luar sana membayangkan diri kau yang tak bertudung ke? Sebab itu lelaki dalam post berkenaan letakkan caption sindiran/ sarcasm agar kau faham.

Yang lelaki pun sama. Kalau kau nampak orang perempuan upload gambar begini, tegurlah elok-elok. Boleh jadi mereka tidak tahu.

Baik perempuan mahupun lelaki, tolonglah gunakan akal yang telah Tuhan berikan dengan baik. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian lepaskan. Tanya dalam diri, elok ke tidak apa yang aku buat tu.

Nak salahkan Yahudi juga ke kalau diri sendiri yang mudah terjebak dengan apps yang tah apa-apa?

Berhentilah.

Sampaikan mesej ini kepada kawan-kawan yang kau sayangi. Thanks.

 

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi via Siakapkeli

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *